awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PilPres2019: Mampukah pertemuan dengan Anwar bantu Prabowo?

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
08/01/2019
12:01 MYT
PilPres2019: Mampukah pertemuan dengan Anwar bantu Prabowo?
"Dalam perjalanan Jen @prabowo ke luar negara, beliau singgah utk bersilaturrahim di KL"-Foto: Twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pada hujung minggu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan calon Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Kuala Lumpur.
Tentunya pertemuan antara kedua pemimpin ini adalah strategik dalam arena politik antarabangsa dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Bagi Anwar, ini adalah peluang untuk Ahli Parlimen Port Dickson ini untuk membina asas hubungan dengan calon Presiden Indonesia itu, jika dipilih pada 17 April ini.
Dalam perjalanan Jen @prabowo ke luar negara, beliau singgah utk bersilaturrahim di KL. pic.twitter.com/ZRoygWwXfM
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 6, 2019
Bagi Prabowo, ini tentunya menjadi peluang untuk bekas Leftenan Jeneral Tentera Nasional Indonesia ini untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di luar Indonesia di ketika kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia memasuki sekitar 100 hari ke tarikh mengundi.
Menurut laporan pada 2018, lebih 2 juta pengundi Indonesia berada di Malaysia sebagai pelajar, pekerja profesional dan Tenaga Kerja Indonesia.
“Pertemuan ini antara dua individu yang hebat yang berpotensi menjadi pemimpin di negara masing-masing,” kata Penganalisis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Muhammad Sinatra.
Penganalisis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Muhammad Sinatra dan Dwintha Maya Kartika membincangkan isu dalam PilPres2019, termasuk apa yang diinginkan pengundi dan kempen kedua kem Jokowi dan Prabowo di ISIS, Kuala Lumpur. Foto-Adilah Arshad
Penganalisis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Muhammad Sinatra dan Dwintha Maya Kartika membincangkan isu dalam PilPres2019, termasuk apa yang diinginkan pengundi dan kempen kedua kem Jokowi dan Prabowo di ISIS, Kuala Lumpur. Foto-Adilah Arshad
"Tapi, kalau untuk dan penceritaan yang dibentuk bisa memberikan ‘support’ yang ‘real’, masing-masing pihak ke Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pak Prabowo, itu banyak investigasi yang kita perlu harus lakukan. Ada yang menyambut dengan baik dan ada juga yang tidak terlalu merespon kepada penceritaan seperti ini?," katanya.
Sementara itu, Penganalisis ISIS, Dwintha Maya Kartika menyatakan “untuk penceritaan Pak Prabowo sendiri, iya, itu positif, tapi untuk menentukan itu bisa jadi ‘deciding factor’ atau tidak, (pertemuan itu) mungkin tidak terlalu signifikan.”
"Soalnya, orang-orang Indonesia lebih fokus kepada isu-isu domestik dan isu-isu yang mempengaruhi negara dan rakyat secara nyata, daripada isu-isu diplomasi yang tidak terlalu…yang rakyat tidak terlalu rasa kalau isu ini mempengaruhi mereka."
Kali pertama kedua pemimpin ini bertemu adalah pada 23 Mei 2018 selepas pembebasan Anwar dari penjara.
Hampir 200 juta pengundi Indonesia akan membuang undi pada 17 April 2019 ini untuk memilih 560 ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dan mengundi untuk Presiden dan Naib Presiden Republik berkenaan.
Temubual penuh ini akan disiarkan menerusi program AWANI Global, Khamis, 17 Januari, 11 malam.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Capres
#Cawapres
#Indonesia
#ISIS
#Kuala Lumpur
#Parlimen
#pelajar
#Pemilu2019
#Perdana Menteri
#PilPres2019
#politik
#Prabowo Subianto
#presiden
#rakyat
#Tenaga Kerja Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan