Skip to main content

Dunia

PISA: Denmark rancang larang telefon pintar di sekolah

81766983373_tbSocialMediaGener.jpg
Kerajaan Denmark sebelum ini mengemukakan rang undang-undang yang mencadangkan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. - Gambar hiasan
Advertisement

MOSCOW: Pihak berkuasa Denmark berhasrat untuk melarang sepenuhnya penggunaan telefon pintar di sekolah berikutan prestasi akademik yang rendah dalam kalangan remaja negara itu, menurut media Denmark, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Penurunan prestasi akademik itu ditunjukkan dalam kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) terbaharu.

Kajian itu menunjukkan penurunan penguasaan pelajar dalam bidang seperti membaca, matematik dan sains semula jadi, lapor akhbar BT pada Khamis.

Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen mengaitkan penurunan prestasi akademik dengan tahap pendigitalan tinggi kanak-kanak Denmark.

Kerajaan Denmark sebelum ini mengemukakan rang undang-undang yang mencadangkan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Jika diluluskan, undang-undang itu akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2027.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

 

 

Must Watch Video

Advertisement