Singapura tidak akan memperluaskan sokongan kediaman sementara kepada majikan yang terlibat, selepas 31 Mac 2020 berikutan langkah Malaysia melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) republik itu pada 17 Mac mengumumkan bahawa ia akan menyediakan sokongan kediaman sementara untuk membantu majikan membiayai kos tambahan tempat tinggal ke atas pekerja yang terjejas, berikutan PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac.
Kerajaan Singapura menyediakan sokongan kewangan sebanyak S$50 satu malam kepada majikan di negara tersebut, selama 14 malam bagi setiap pekerja yang terjejas oleh perintah tersebut.
"Bagi tujuan kemampanan dan kesinambungan perniagaan jangka panjang, majikan perlu membuat keputusan yang terbaik bagi menempatkan pekerja mereka di Singapura, ini termasuk perkongsian kos tambahan dengan pekerja yang terjejas," katanya dalam laman web MOM.
Kementerian itu menggalakkan semua majikan yang terlibat untuk mencari pilihan kediaman yang lebih mampan.
Sepanjang minggu lepas, kerajaan Singapura telah membantu memudahkan penginapan untuk pekerja yang terlibat.
"Secara keseluruhan, kerajaan telah membantu sekitar 2,000 firma membabitkan penginapan untuk lebih daripada 10,000 pekerja yang terjejas," kata MOM, sambil menambah bahawa ada juga firma yang telah membuat penyelesaian sendiri bagi menampung pekerja yang terjejas," katanya.
Sejak itu, MOM telah menghubungi para majikan untuk memastikan bahawa pekerja mereka berjaya ditempatkan di kediaman sementara yang selamat dan sesuai.
Menurut MOM, ia sekarang ini akan memulakan fasa seterusnya iaitu bekerjasama dengan majikan untuk memudahkan pemindahan pekerja yang terjejas ke dalam kediaman alternatif yang lebih mampan di Singapura.
Kementerian menyatakan perintah tersebut telah memberi kesan kepada kedua-dua pemegang Pas Kerja dan warga Singapura sendiri serta penduduk tetap yang berulang-alik dari Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Sepanjang minggu lepas, kerajaan Singapura telah membantu memudahkan penginapan untuk pekerja yang terlibat. - Gambar fail
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023
Jumlah pekerjaan di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 membabitkan 83,500 bagi bukan pemastautin dan 4,900 bagi penduduk.
PKP: Sokongan kediaman sementara Singapura tidak dilanjutkan
Singapura tidak akan memperluaskan sokongan kediaman sementara kepada majikan yang terlibat, selepas 31 Mac 2020 berikutan langkah Malaysia melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
COVID-19: Larangan keluar negara turut terpakai kepada pekerja Malaysia di Singapura, Thailand
KP Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, larangan itu berkuatkuasa mengikut tempoh pewartaan Perintah Kawalan Pergerakan.