awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform permainan, Roblox disekat di Rusia

Bernama
Bernama
03/12/2025
22:10 MYT
Platform permainan, Roblox disekat di Rusia
Roskomnadzor telah berulang kali menghantar notis kepada pentadbiran Roblox menuntut penyingkiran bahan terlarang yang memberi kesan negatif terhadap pembangunan rohani dan moral kanak-kanak. - Gambar hiasan
MOSCOW: Platform permainan dalam talian Roblox telah disekat di Rusia susulan penyebaran meluas dan berulang bahan yang menyokong kegiatan pelampau dan pengganas, seruan kepada tindakan ganas yang menyalahi undang-undang, serta propaganda LGBT (gerakan LGBT diharamkan sebagai pelampau di Rusia), menurut pengawas media Rusia, Roskomnadzor pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada akhir November, Roskomnadzor berkata, pihaknya berulang kali menghantar notis kepada pentadbiran Roblox menuntut penyingkiran bahan terlarang yang memberi kesan negatif terhadap pembangunan rohani dan moral kanak-kanak.
"Roskomnadzor telah menyekat akses ke perkhidmatan internet Amerika, Roblox, selepas mengesan penyebaran meluas dan berulang bahan yang mempromosi dan membenarkan kegiatan pelampau dan pengganas, seruan kepada tindakan ganas yang menyalahi undang-undang, serta propaganda LGBT," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roblox
#Roblox disekat di Rusia
#permainan dalam talian
#LGBT
#Roskomnadzor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan