Skip to main content

Dunia

PM Australia diherdik di masjid Sydney semasa hadiri solat Aidilfitri

Australia’s Prime Minister Anthony Albanese visits Lakemba Mosque for Eid al-Fitr in Sydney, Australia, March 20, 2026. REUTERS/Hollie Adams
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tony Burke menyertai jemaah mendengar khutbah semasa mengunjungi Masjid Lakemba di Sydney sempena Aidilfitri pada Jumaat. - Gambar Reuters

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tony Burke, hadir di Masjid Lakemba di Sydney pada pagi Jumaat untuk menghadiri solat sunat Aidilfitri, selepas menerima jemputan daripada pimpinan komuniti.

Bagaimanapun, kehadiran kedua-dua pemimpin it mencetuskan reaksi tegang apabila segelintir jemaah menuduh mereka sebagai “penyokong pembunuhan beramai-ramai”, sambil menjerit “boo” dan “keluar dari sini” terutama ketika seorang pemimpin masjid berucap menyeru kerajaan supaya lebih melibatkan diri dengan masyarakat Muslim.

Advertisement

Kemarahan itu berkaitan dengan tindak balas kerajaan Australia terhadap perang Israel-Gaza serta peningkatan Islamofobia di negara itu.

Seorang lelaki yang menjerit ke arah Albanese dikeluarkan oleh polis tetapi dibebaskan tanpa pertuduhan.

Selepas selesai ucapan tersebut, Albanese meninggalkan masjid tersebut dengan melalui kerumunan jemaah dan masih disergah oleh sebilangan mereka yang mempersoalkan kehadirannya.

Tidak lama selepas acara selesai, Persatuan Muslim Lubnan yang juga pengendali masjid mengeluarkan kenyataan menyatakan, Perdana Menteri tetap dialu-alukan, dan mereka akan terus membuka pintu kepada semua.

Mereka menegaskan bahawa berinteraksi dengan pemimpin negara bukan pengkhianatan, tetapi cara untuk menyuarakan kebimbangan masyarakat

Masjid itu menyatakan, ini merupakan kali pertama Perdana Menteri dijemput menghadiri solat sejak 7 Oktober 2023, ketika konflik Israel–Gaza bermula.

Albanese turut memuat naik gambar di akaun media sosia dengan menyatakan beliau berbesar hati dapat hadir ke acara komuniti Islam itu.

Sebelum itu, jurucakap masjid menegaskan, masyarakat tidak boleh memboikot sepenuhnya ahli politik, tetapi juga tidak mahu lawatan yang sekadar untuk “bergambar."

Insiden seumpama ini bukan kali pertama berlaku. Pada pilihan raya Persekutuan lalu, seorang ahli politik parti Liberal turut diherdik di sebuah masjid di Melbourne.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Masjid Lakemba turut menerima beberapa surat ugutan dan polis sedang menyiasat. - Agensi

Must Watch Video