Skip to main content

Dunia

PM Australia puji sumbangan Starmer kepada Britain

Albanese (foto) berkata Starmer wajar berbangga dengan sumbangan besar yang diberikan kepada Britain dan parti itu sepanjang tempoh kepimpinannya. -Gambar fail/Bernama
Albanese (foto) berkata Starmer wajar berbangga dengan sumbangan besar yang diberikan kepada Britain dan parti itu sepanjang tempoh kepimpinannya. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyampaikan penghargaan kepada Keir Starmer susulan pengumuman peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Buruh.

Albanese berkata Starmer wajar berbangga dengan sumbangan besar yang diberikan kepada Britain dan parti itu sepanjang tempoh kepimpinannya, selain menggambarkan beliau sebagai seorang sahabat.

Beliau berkata dunia politik merupakan medan yang mencabar dan Starmer telah memainkan peranan penting dalam membawa Parti Buruh kembali membentuk kerajaan pada 2024.

Advertisement

“Apabila tiba masanya untuk Keir meninggalkan Downing Street, beliau boleh berbangga dengan sumbangan yang telah dilakukannya terhadap negara dan juga Parti Buruh,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

 

Advertisement

 

Albanese turut merakamkan penghargaan atas kerjasama sepanjang Starmer berkhidmat, termasuk dalam memperkukuh pakatan pertahanan AUKUS, menyokong Ukraine serta usaha melindungi kanak-kanak daripada kesan media sosial.

Starmer pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh. Beliau akan kekal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih.

Must Watch Video

Advertisement