KYIV: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa diadakan sidang dialog bagi mengendurkan krisis dengan Rusia semasa lawatan ke ibu negara Ukraine, di mana beliau menegaskan sekali lagi azamnya bagi memastikan keadilan untuk keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di negara itu pada 2014.
Rutte merupakan pemimpin Eropah terbaharu, mengikuti langkah perdana menteri Britain dan Poland melawat Kyiv sebagai tanda solidariti berikutan Rusia mengerahkan ribuan tenteranya di sempadan negara itu yang membimbangkan negara-negara Barat.
Krisis di Ukraine itu dipantau teliti oleh Belanda, yang mana pendakwa raya negara itu menuntut pendakwaan terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh dengan menembak jatuh pesawat MH17.
Pendakwa raya menyatakan bahawa defendan, yang kesemuanya masih bebas, membantu membekalkan sistem misil yang diguna oleh puak pemisah disokong Rusia menentang tentera Kyiv, dan diguna menembak roket terhadap pesawat itu.
Kesemua 298 orang penumpang, kebanyakannya warga Belanda terbunuh.
"Keutamaan Belanda adalah membuktikan kebenaran terhadap kejadian sebenar, meraih keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman,’’ kata Rutte semasa sidang akhbar bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.
"Ia bukan suatu proses mudah tetapi berputus asa bukan suatu pilihan kepada kami berdua," ujar beliau, lapor Reuters.
Kerajaan Belanda juga menyalahkan Rusia sebagai bertanggungjawab di dalam kes tersebut.
Moscow yang menyokong puak pemisah di dalam peperangan menentang tentera kerajaan Ukraine, menafikan sebarang pembabitan.
Dalam kes MH17, keputusan dijangka dicapai di dalam perbicaraan pembunuhan terhadap tiga warga Rusia dan seorang Ukraine tahun ini.
Pasukan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda telah merumuskan pada 2019 bahawa pelancar misil digunakan untuk menembak pesawat penumpang, dari pangkalan tentera Rusia berdekatan sempadan Ukraine.
*Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 03 2022
Pasukan penyiasatan antarabangsa MH17 merumuskan pada 2019 bahawa pelancar misil digunakan untuk menembak pesawat penumpang, dari pangkalan tentera Rusia berdekatan sempadan Ukraine. -Gambar fail/Reuters
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Mark Rutte ambil alih jawatan ketua NATO
Bekas Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Selasa secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai setiausaha agung NATO yang baharu.
Mark Rutte bakal ganti Stoltenberg sebagai ketua NATO
Media rasmi Belanda NOS melaporkan ini selepas beliau mendapat sokongan Hungary dan Slovakia.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
PM Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di Kuala hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
MH17: Malaysia tunggu keputusan Mahkamah Belanda sebelum bertindak
Malaysia hanya akan bertindak berhubung tragedi MH17 selepas Mahkamah Belanda memutuskan nasib empat suspek pada 17 November depan.
PM Belanda mahu keadilan terhadap mangsa MH17
Rutte merupakan pemimpin Eropah terbaharu, mengikuti langkah perdana menteri Britain dan Poland melawat Kyiv sebagai tanda solidariti.
COVID-19: Kes baharu di Belanda melonjak lima kali ganda selepas kelonggaran sekatan
Salah satu punca peningkatan kes datangnya dari pembukaan semula premis sosial seperti pusat hiburan dan kelab malam.
COVID-19: Belanda lanjut tempoh sekatan hingga 20 April
Perintah berkurung akan dilaksanakan dari 10 malam hingga 4.30 pagi bermula 31 Mac.