Perdana Menteri Britain Theresa May, berhadapan masalah namun beliau tidak tunduk, malah membuat keputusan mengadakan pilihan raya umum pada 8 Jun ini, dalam usaha mengukuhkan kuasa dalam rundingan-rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU).

Tindakan beliau mengejutkan rakyat negara itu tetapi segera disokong oleh penyokong-penyokong setia parti dan pembangkang, Parti Buruh (Buruh) walaupun ia sangat marahkan akhbar The Guardian, yang menyatakan bahawa langkah itu langsung 'tidak perlu' dalam kolumnya - Opinion.

Beliau berada pada kedudukan yang kukuh, Parti Buruh sudah patah semangat, manakala Parti Liberal Demokrat (LibDems) kini entah hilang ke mana dan golongan berhaluan kanan yang menyebabkan Parti Konservatif (Konservatif) berada dalam kebimbangan, UK Independence Party (UKIP), mempunyai bekas pemimpin yang agak berkarismatik. Nigel Farage sibuk 'menari' dengan Donald Trump sedangkan partinya sendiri terjerat dengan jolokan parti anti segalanya (anti-everything) yang asing, terutamanya EU.

Tidak ramai yang sangsi akan kemenangan May dalam pilihan raya kali ini. Bagaimanapun, adakah ia benar-benar untuk mengukuhkan kuasa dalam menangani Brexit? Beliau mengatakan mahu mandat yang lebih jelas dalam rundingan-rundingan yang telah lama berlarutan dengan EU.

Ia mungkin sedikit sebanyak ada kebenarannya memandangkan masih terdapat golongan pro-Eropah yang masih aktif dalam partinya sendiri. Seorang daripada mereka ialah Kenneth Clarke, yang amat meminati parti-parti jazz dan penyokong setia Eropah. Kemenangan pilihan raya umum akan membersihkan parti daripada elemen-elemen yang diragui itu.

Bagaimanapun, hadiah yang lebih besar bagi May adalah sekiranya beliau berjaya menyingkirkan Jeremy Corbyn, pemimpin semasa parti Buruh. Penganalisis politik tidak ragu-ragu bahawa May akan menyapu bersih dan mengalahkan parti Buruh, sekali gus membantu partinya sendiri dan golongan anti-Corbyn yang masing di dalam partinya.

Pastinya, kejayaan May akan menjadi pengakhiran bagi Corbynisme. Corbyn pula menyambut baik keputusan itu meskipun mengecewakan beberapa ahli partinya sendiri.

Dengan mandat daripada rakyat, May juga akan dapat membendung ancaman-ancaman berterusan dan menjengkelkan dari Scottish Nationalist Party (SNP) di utara. Mereka mengancam agar satu lagi referendum untuk berpecah dari United Kingdom sebagai jawapan kepada keputusan negara berhubung Brexit.

Ini jelas menunjukkan bahawa keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum dibuat sepenuhnya di Downing Street. Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa kerajaan bercadang berbuat demikian, malah tidak pernah dijangkakan memandangkan Downing Street sendiri telah menafikan sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

Malah, apabila diumumkan bahawa Perdana Menteri akan membuat keputusan penting pada Selasa pagi, langsung tidak ada sebarang petunjuk mengenai apa yang akan berlaku. Mungkin, hakikat bahawa podium yang diletakkan di Downing Street sebelum kemunculan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang tanda kebesaran kerajaan.

May muncul dari mesyuarat Kabinet di Downing Street pada 11:06 pagi dan mengumumkan bahawa Brexit adalah satu tugas yang sangat besar yang bakal dihadapi. "Kita perlukan pilihan raya umum dan kita perlukan satu sekarang ini," tegas beliau.

Menjelang tengah hari berita berkenaan yang disiarkan di muka depan akhbar Evening Standard, di London telah tersebar meluas.

Kini, May mempunyai 17 majoriti di House of Common. Beliau merasakan terdapat keperluan untuk memperkukuh kuasa rundingannya dalam menghadapi sebarang rungutan dari Eropah, suatu ketidakpastian yang tidak meredakan sebarang khabar angin diplomasi oleh Setiausaha Luarnya Boris Johnson, orang yang pernah berharap untuk menggunakan kemenangan Brexit sebagai batu loncatan untuk ''masuk'' ke pejabat Perdana Menteri.

Namun, walaupun berani dan pasti bahawa keputusan itu kemungkinan menyebabkan rancangannya digagalkan oleh suara anti-Brexit yang mana masih kuat di mahkamah dan dalam media. Ini adalah golongan pelbagai parti pro-Eropah yang merasakan bahawa UK akan meninggalkan EU hanya dengan jurang referendum yang terlalu kecil. Siapakah yang mereka akan pilih dalam pilihan raya umum nanti?

Dalam menghadapi keadaan kucar-kacir parti Buruh dan ketidakbekersanan kepimpinan Corbyn, malah penerimaannya terhadap keputusan May, mereka mungkin dapat memberi nafas baru kepada LibDems yang, pada hari-hari awal Cameron, adalah sekadar pakatan teman sebantal .

May berharap untuk menyapu bersih dan mengalahkan parti Buruh, tetapi sekiranya golongan pro-Eropah mengundi pada kali ini hanya dengan satu parti arus perdana yang pastinya pro-Eropah, hasilnya mungkin sekali lagi menjadi parlimen tergantung (hung parliament), May mungkin berhadapan dengan banyak perkara yang lebih besar daripada apa yang diharapkannya.

-- BERNAMA