awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Itali rancang bincang isu tarif dengan Trump pada 16 April - Laporan

Bernama
Bernama
07/04/2025
23:40 MYT
PM Itali rancang bincang isu tarif dengan Trump pada 16 April - Laporan
Meloni (kiri) berpotensi menjadi pengantara dalam rundingan tarif antara Kesatuan Eropah dan Amerika memandangkan beliau satu-satunya pemimpin Eropah yang mempunyai hubungan baik dengan Trump.
MOSCOW: Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dijangka bertemu Presiden Donald Trump di Washington pada 16 April bagi membincangkan pengurangan tarif perdagangan timbal balik, lapor media Itali pada Isnin memetik sumber kerajaan, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Akhbar "Corriere della Sera" melaporkan, Meloni berpotensi menjadi pengantara dalam rundingan tarif antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat memandangkan beliau satu-satunya pemimpin Eropah yang mempunyai hubungan baik dengan Trump.
Kedutaan Itali di Washington juga telah dimaklumkan mengenai lawatan itu.
"Meloni boleh memudahkan rundingan antara Eropah dan AS bagi mengelakkan perang perdagangan," kata seorang pegawai kerajaan Itali kepada akhbar berkenaan.
Memandangkan Trump dilaporkan tidak cenderung untuk kembali kepada kadar tarif sifar, Meloni akan berusaha mengurangkan tarif kepada separuh iaitu 10 peratus. Ketika ini, EU dikenakan tarif sebanyak 20 peratus.
Pada 2 April lalu, Trump menandatangani satu perintah eksekutif yang memperkenalkan tarif "timbal balik" ke atas barangan import dari negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif timbal balik
#Donald Trump
#PM Itali
#Giorgia Meloni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan