TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berjanji pada Isnin untuk memulihkan industri pelancongan negara pasca pandemik dengan menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
Dalam ucapan dasar pada permulaan sidang Parlimen luar biasa, Kishida berkata, kerajaan akan memanfaatkan penyusutan yen Jepun dan akan terus melonggarkan kawalan sempadan negara yang sebelum ini diperketatkan kerana COVID-19, lapor berita Kyodo.
Yen yang lebih lemah telah meningkatkan harga import, namun Perdana Menteri menyatakan kesediaannya untuk menangani peningkatan kos tenaga melalui tindakan yang "belum pernah dilakukan sebelum ini" bagi meringankan beban isi rumah dan syarikat.
Berikutan rakyat hadapi kesukaran akibat kos yang lebih tinggi, Kishida berkata, kerajaannya merancang untuk menggalakkan kenaikan gaji dengan melabur 1 trilion yen untuk pembangunan sumber manusia, dalam bidang yang berpotensi untuk tempoh lima tahun, tambahnya.
"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memerangi kenaikan harga dan memulihkan ekonomi" Jepun yang kekurangan sumber, kata Kishida.
Menurut berita Kyodo, sidang Parlimen luar biasa itu diadakan pada Isnin ketika persepsi orang ramai terhadap Kabinet Kishida merosot teruk sebahagian besarnya disebabkan oleh keputusannya mengadakan upacara pengebumian negara yang kontroversial untuk bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe yang dibunuh pada Julai lepas.
Rasa curiga akan dakwaan hubungan antara parti pemerintah Parti Demokratik Liberal yang diketuai oleh Kishida dengan sebuah kumpulan agama, Unification Church, yang dilihat sebagai kultus yang ditubuhkan pada 1954 oleh pengikut tegar anti-Komunis di Korea Selatan, juga menjejaskan populariti beliau.
Bagi meredakan kekecewaan orang ramai dan mengukuhkan semula imej pentadbirannya, sejak Oktober 2021, Kishida terpaksa memperkenal dasar-dasar yang boleh membantu mengimbangi kenaikan harga tenaga dan makanan.
Dalam ucapan pada Isnin, Kishida berkata kerajaannya memberi tumpuan kepada tiga perkara - tindak balas terhadap harga yang lebih tinggi berpunca daripada kejatuhan yen, kenaikan gaji serta pelaburan untuk pengembangan ekonomi, lapor Kyodo.
Kemasukan pelancongan merupakan pemacu utama pertumbuhan bagi ekonomi ketiga terbesar di dunia itu sebelum penularan koronavirus pada awal 2020.
Perbelanjaan pelancong luar negara di Jepun mencatat rekod 4.8 trilion yen pada 2019, namun menjunam kepada kira-kira 120 bilion yen pada 2021.
Jepun, yang akan memansuhkan had ketibaan harian dari luar negara mulai 11 Okt ini, berharap penurunan yen dapat menarik pelancong untuk kembali.
Yen mencecah paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS pada September. Kejatuhan yen meningkatkan kuasa beli pelancong asing apabila mereka berada di Jepun.
"Kami akan memaksimumkan kelebihan yang dibawa yen yang lemah" untuk memulihkan ekonomi Jepun, kata Kishida.
Kemerosotan yen juga menyokong eksport apabila produk Jepun menjadi lebih murah di luar negara dan meningkatkan nilai pendapatan dari luar negara daripada segi yen, namun, ia meningkatkan kos import, faktor yang berat kerana lebih 90 peratus daripada keperluan tenaganya diimport.
Kishida menyuarakan kebimbangan bahawa bil elektrik mungkin meningkat secara mendadak antara sekarang dan musim bunga kerana harga gas asli telah melonjak di seluruh dunia berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari.
Kishida berkata, kerajaan akan merangka pakej ekonomi pada Oktober dan membentangkan rang undang-undang belanjawan tambahan yang diperlukan untuk tahun fiskal hingga Mac 2023 pada sesi Diet semasa.
Daripada segi pertahanan dan diplomatik, Kishida mengulangi pentadbirannya akan cuba mengemas kini garis panduan dasar jangka panjangnya - Strategi Keselamatan Negara Jepun, menjelang akhir tahun ini - semakan pertamanya sejak ia diterima pakai pada 2013, menurut Berita Kyodo.
Kishida, pemimpin yang lebih berdiplomasi dalam parti konservatif LDP, berkata kerajaan "tidak akan menolak apa-apa pilihan" untuk melindungi rakyat.
"Kami akan melindungi keamanan dan kestabilan di Asia dan dunia melalui diplomasi pelbagai peringkat dan pengukuhan drastik keupayaan pertahanan," kata Perdana Menteri. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Fumio Kishida berjanji untuk memulihkan industri pelancongan negara pasca pandemik dengan menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun. - Gambar fail AP
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.