awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada Trudeau sekali lagi terselamat daripada usul undi tidak percaya

Bernama
Bernama
26/09/2024
07:30 MYT
PM Kanada Trudeau sekali lagi terselamat daripada usul undi tidak percaya
Trudeau yang menjadi Perdana Menteri sejak 2015, kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi yang tidak stabil dan skandal politik. - Foto Reuters
NEW YORK: Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Dengan sokongan daripada Parti Demokratik Baru (NDP) dan Bloc Quebecois, kerajaan Liberal Trudeau terus bertahan, sekali gus mengelakkan pilihan raya awal.
Meskipun Parti Konservatif berjanji akan terus mengemukakan usul undi tidak percaya, Trudeau setakat ini masih dapat mengekalkan kedudukannya.
Beliau yang menjadi Perdana Menteri sejak 2015, kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi yang tidak stabil dan skandal politik.
Ketua NDP, Jagmeet Singh baru-baru ini menyatakan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Trudeau, namun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mencetuskan pilihan raya awal.
Pilihan raya umum Kanada dijadualkan pada Oktober 2025, dengan ketua Parti Konservatif, Pierre Poilievre, dilihat sebagai pencabar utama dalam pilihan raya akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada
#undi tidak percaya
#Parti Konservatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan