Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, beberapa sumber risikan menunjukkan Iran menembak jatuh pesawat Ukraine selepas ia berlepas dari Teheran, menyebabkan 176 penumpang dan anak kapal termasuk 63 warga Kanada, maut.
Trudeau berkata demikian susulan imej dimuat naik di media sosial semakin kuat menunjukkan nahas itu berlaku akibat kesilapan pertahanan udara Teheran hingga menyebabkan pesawat PS752 Ukraine International Airlines terbakar.
Memetik maklumat daripada sekutu dan risikan Kanada sendiri, Trudeau berkata pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu permukaan ke udara (SAM).
“Kita tahu ini mungkin tidak sengaja. Rakyat Kanada ada persoalan dan mereka berhak mendapat jawapan,” kata Trudeau.
Penerbangan PS752 terhempas hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang Teheran, tanpa mesej daripada juruterbang jika berdepan masalah, menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran.
Pesawat itu membawa penumpang warga Iran seramai 82 orang, 63 Kanada, 11 Ukraine, 10 Sweden, empat Afghanistan, tiga rakyat Jerman dan tiga dari Britain.
Semalam, Menteri Pengangkutan Iran, Mohammad Eslami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pesawat malang itu ditembak jatuh peluru berpandu Iran.
Katanya, siasatan awal mendapati nahas disebabkan kegagalan teknikal sebelum ia terhempas berhampiran kawasan Parand, sebuah bandar di wilayah Robat Karim.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan menyasarkan kem yang menempatkan tentera Amerika Syarikat di Iraq. - Agensi
Sinar Harian
Fri Jan 10 2020
Justin Trudeau bercakap mengenai pesawat Iran yang terhempas pada sidang media di Ottawa, 9 Jan, 2020. (Foto AP)
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
PM Kanada terkejut dengar kematian Alexei Navalny
Pemergian Navalny menunjukkan sejauh mana Putin akan menindas sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebebasan rakyat Rusia.
Blackberry, Kerajaan Malaysia meterai perjanjian keselamatan siber
Ia bagi membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber BlackBerry yang dipercayai sepenuhnya.
PM Kanada Justin Trudeau diserbu penunjuk perasaan pro-Palestin
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terpaksa diiringi polis ke tempat selamat selepas beliau diserbu penunjuk perasaan pro-Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trudeau mohon maaf selepas Parlimen Kanada puji veteran Nazi
Speaker Anthony Rota meletak jawatan pada Selasa selepas meminta Ahli Parlimen memberikan penghormatan kepada Yaroslav Hunka.
Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguh
Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.
Malaysia-Kanada mahu tingkat hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi - PM Anwar
Anwar berkata, peretujuan tersebut dicapai dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di Jakarta, pada Rabu.
V BTS tersenarai sebagai personaliti lelaki paling kacak 2023
Anggota Kumpulan BTS, Kim Tae-hyung atau lebih popular dengan nama V muncul di kedudukan pertama dalam senarai 10 personaliti lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2023.
PM Kanada bidas Facebook terhadap sekatan berita babitkan krisis kebakaran hutan
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau membidas Facebook kerana menyekat penyebaran berita penting mengenai situasi kebakaran hutan negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kebakaran hutan: PM Kanada adakan mesyuarat tergempar
Situasi ini menyebabkan pemindahan besar-besaran, termasuk di Yellowknife, yang mempunyai populasi lebih daripada 20,000 penduduk.