awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor

Bernama
Bernama
26/04/2024
23:15 MYT
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Lee Hsien Loong (kiri) akan melawat Bogor, Indonesia pada 29 April ini untuk menghadiri Permukiman Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan oleh Presiden Joko Widodo. - Gambar fail
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan melawat Bogor, Indonesia pada 29 April ini untuk menghadiri Permukiman Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan oleh Presiden Joko Widodo, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei ini sementara Jokowi akan mengakhiri penggal pentadbirannya pada Oktober.
Pada pemukiman itu,kedua-dua pemimpin itu akan menilai kembali kemajuan penting yang dicapai dalam kerjasama dua hala dalam penggal masing-masing, termasuk tiga perjanjian yang berkuat kuasa pada Mac tahun ini di bawah kerangka kerja yang dikembangkan selain daripada menyemak semula kemajuan diperoleh dalam bidang seperti pertahanan, ekonomi digital dan kemampanan.
"Singapura dan Indonesia juga telah mencapai kemajuan dalam kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang lain yang meluas termasuk pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan. Semasa pandemik COVID-19 kedua-dua belah pihak juga mengukuhkan kerjasama dalam penjagaan kesihatan,"kata PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Lee akan diiringi beberapa menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong, yang dinamakan sebagai pengganti Lee.
Turut tersenarai dalam delegasi itu ialah Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Negara, Teo Chee Hean; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.
Lain-lain menteri yang menyertai delegasi itu ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli; Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri, Dr Tan See Leng. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Joko Widodo
#Pemukiman Pemimpin
#Singapura-Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan