awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Lee Singapura sekali lagi positif COVID-19

Bernama
Bernama
01/06/2023
03:51 MYT
PM Lee Singapura sekali lagi positif COVID-19
Lee, 71, diuji positif COVID-19 pertama pada 22 Mei sejak wabak itu melanda negara itu pada 2020. - Fail/Bernama
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sekali lagi disahkan positif COVID-19, selepas keputusan ujian saringan pada Ahad (28 Mei) lalu menunjukkan negatif dan kembali bertugas pada Isnin (29 Mei).
"Saya baik-baik sahaja tetapi malangnya saya positif COVID-19 sekali lagi," katanya di halaman Facebook rasminya yang dia melampirkan keputusan 'positif' daripada kit ujian COVID-19.
Perdana menteri berkata: "doktornya mengatakan ia COVID rebound (kembali terjangkit dalam tempoh singkat) yang berlaku dalam lima hingga 10 peratus kes."
"Ia masih boleh menjangkiti orang lain tetapi risikonya tidak tinggi berbanding jangkitan pertama. Doktor telah menasihati saya supaya mengasingkan diri sehingga saya diuji negatif ART (Ujian Cepat Antigen)," katanya.
Lee, 71, diuji positif COVID-19 pertama pada 22 Mei sejak wabak itu melanda negara itu pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Perdana Menteri
#Singapura
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan