awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand minta militan henti guna keganasan untuk tekan kerajaan

Bernama
Bernama
29/04/2016
23:49 MYT
PM Thailand minta militan henti guna keganasan untuk tekan kerajaan
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang keenganan Bangkok menerima Terma Rujukan (TOR) di Kuala Lumpur, pada Khamis. - Foto AFP
Kumpulan militan di selatan Thailand perlu berhenti menggunakan keganasan di wilayah bergolak itu untuk menekan kerajaan dalam rundingan damai, kata Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang keenganan Bangkok menerima Terma Rujukan (TOR) bagi rundingan damai pada mesyuarat tidak rasmi dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani) di Kuala Lumpur, pada Khamis.
"Tolonglah faham, sekiranya kita mahu rakyat di selatan menyokong rundingan damai, janganlah gunakan keganasan untuk menekan kerajaan sebab kami tidak boleh menerimanya," katanya kepada media pada Jumaat.
Beliau berkata kerajaan tidak boleh berunding dengan mana-mana kumpulan yang melanggar undang-undang negara dan perkara itu perlu ditangani dengan sewajarnya mengikut undang-undang Thailand.
Beliau menolak kritikan media tertentu Thailand tentang cara kerajaan menangani rundingan damai selatan Thailand dan menyifatkan penulisnya sebagai orang yang tidak memahami isu berkenaan.
Malah, katanya kritikan media terhadap rundingan damai yang sedang diadakan di selatan Thailand mencetuskan salah faham dalam kalangan anggota masyarakat negara ini.
MARA Patani adalah badan induk yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand.
Melalui peranan Malaysia sebagai pemudah cara, kumpulan itu dan Bangkok mengadakan rundingan tidak rasmi sejak lebih setahun lepas.
Topic Berkaitan
#Jeneral Prayut Chan-o-cha
#Majlis Syura Patani
#militan
#Perdana Menteri Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan