awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet

Bernama
Bernama
07/01/2025
15:00 MYT
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
Paetongtarn berkata walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
"Ini adalah perbincangan yang telah dirancang. Dalam bulan ini, saya akan bertemu kira-kira dua kementerian. Saya ingin mengadakan perbincangan ini sejak permulaan penggal mereka, namun disebabkan pelbagai tanggungjawab yang timbul, ia menjadi perlu untuk memperjelaskan peranan setiap kementerian. Kini, perkara ini semakin jelas," katanya kepada media selepas Mesyuarat Kabinet di Rumah Kerajaan pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa pertemuan bersama menteri-menteri telah dirancang dan diumumkan sejak tahun lepas, sambil menegaskan tiada sebab untuk mereka berasa bimbang.
"Tiada keperluan untuk para menteri berasa gusar kerana ini hanya kemas kini mengenai sejauh mana pelaksanaan dasar telah dicapai. Tanggungjawab telah pun diagihkan kepada timbalan perdana menteri.
"Mesyuarat ini bertujuan memahami pelaksanaan kerja di lapangan dan memberi peluang kepada setiap menteri untuk mengemukakan idea serta permintaan bagi mendapatkan sokongan bersama untuk mencapai hasil yang konkrit," katanya.
Baru-baru ini, media tempatan Thailand melaporkan terdapat perpecahan dalam Kabinet, dengan Menteri Tenaga Pirapan Salirathavibhaga menghadapi tekanan politik yang hebat susulan dakwaan perselisihan dengan seorang tokoh pembiaya utama partinya, Parti United Thai Nation (UTN), sehingga mencetuskan spekulasi beliau mungkin digugurkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Thailand
#Paetongtarn Shinawatra
#sangkal khabar angin
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan