BANGKOK: Whip Dewan Perwakilan dan Senat akan bermesyuarat pada Rabu untuk menetapkan tarikh mengundi perdana menteri Thailand yang baharu.
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata sidang itu dijangka diadakan pada 18 Ogos atau 22 Ogos.
Beliau berkata undian untuk memilih perdana menteri baharu akan bergantung kepada keputusan Mahkamah Perlembagaan pada Rabu sama ada ia akan menerima petisyen daripada Pejabat Ombudsman yang mencabar kesahihan undi Parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat sebagai perdana menteri pada 19 Julai.
Wan Muhamad berharap pengundian perdana menteri baharu parlimen dwidewan akan berjalan lancar.
Parti Pheu Thai, yang memenangi kerusi kedua terbanyak dalam pilihan raya umum 14 Mei dengan 141 kerusi, telah meninggalkan bekas sekutunya MFP dan kini mengetuai gabungan sembilan parti dalam usaha untuk membentuk kerajaan.
Gabungan diketuai Pheu Thai mempunyai 238 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang dianggotai 500 orang. Bagaimanapun, calonnya memerlukan sekurang-kurangnya 376 undi daripada dwidewan, termasuk sokongan daripada 250 Senator yang dilantik oleh tentera, untuk dipilih sebagai perdana menteri.
Media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Parti Palang Pracharath (PPRP) dijangka mengundi calon perdana menteri Pheu Thai. PPRP mempunyai 40 kerusi.
UTN, yang memenangi 36 kerusi dalam pilihan raya umum dijadualkan bermesyuarat minggu ini untuk membincangkan cara mereka akan mengundi dalam sidang Parlimen akan datang.
PPRP dan UTN kedua-duanya bukan sebahagian daripada gabungan yang diketuai Pheu Thai.
Pheu Thai dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata sidang itu dijangka diadakan pada 18 Ogos atau 22 Ogos. - Gambar fail/FB Retaj Hotels and Hospitality
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
PM Thailand: Whip Dewan Perwakilan, Senat tetapkan tarikh mengundi Rabu ini
Whip Dewan Perwakilan dan Senat akan bermesyuarat pada Rabu untuk menetapkan tarikh mengundi perdana menteri Thailand yang baharu.