LONDON: Bekas Ketua Perbendaharaan, Rishi Sunak dan Setiausaha Luar Liz Truss menjadi dua calon terakhir bagi menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri.
Sunak dan Truss menduduki tempat pertama dan kedua dalam pusingan rundingan yang dijalankan pada Rabu.
"Keputusan pengundian adalah seperti berikut. Sejumlah 357 undian dibuat daripada 358. Dua kertas undi rosak.
"Bilangan undi diterima oleh calon-calon adalah seperti berikut: Mordaunt - 105, Sunak - 137, Truss - 113.
"Sehubungan itu, Rishi Sunak dan Liz Truss akan menjadi calon akhir untuk undian.
"Undian akan ditutup pada 2 September dan saya akan umumkan keputusannya pada Isnin, 5 September," kata Ketua Jawatankuasa 1922 Graham Brady.
Setakat ini, Sunak mendahului setiap pusingan undian kalangan Ahli Parlimen Konservatif. Namun Truss ada kelebihan dalam kalangan 200,000 anggota parti.
Perdana Menteri baharu akan mewarisi beberapa cabaran utama dalam masa berdekad lamanya.
Inflasi kini merekod kadar tertinggi 11 peratus setahun dengan pertumbuhan pegun, dan kejatuhan nilai matawang pound sterling.
Persaingan bagi jawatan Perdana Menteri sebelum ini menyenaraikan 11 calon.
Astro Awani
Thu Jul 21 2022
Rishi Sunak (kiri) dan Liz Truss menjadi dua calon terakhir bagi menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri. -Reuters
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti Konservatif UK hadapi dakwaan skandal pertaruhan, tambah tekanan kepada Sunak
Nick Mason mengambil cuti sementara disiasat oleh Suruhanjaya Perjudian kerana didakwa meletakkan pertaruhan terhadap waktu pilihan raya.
Khidmat negara wajib untuk remaja 18 tahun di UK, janji Sunak
Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, lapor agensi b
Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Keadaan di Gaza semakin tidak boleh diterima, kata PM Britain kepada Netanyahu
UK tuntut Israel segera lakukan siasatan bebas dan menyeluruh susulan kematian tujuh pekerja bantuan di Gaza.