awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poland minta nasihat NATO selepas jatuhkan dron

Bernama
Bernama
10/09/2025
20:00 MYT
Poland minta nasihat NATO selepas jatuhkan dron
Poland meminta nasihat di bawah Artikel 4 Perjanjian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhubung ancaman luar. - Gambar fail AP
WARSAW: Poland meminta nasihat di bawah Artikel 4 Perjanjian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhubung ancaman luar, kata Perdana Menteri, Donald Tusk di Warsaw pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Artikel 4 memperuntukkan nasihat sekiranya mana-mana negara anggota NATO merasakan integriti wilayah, kemerdekaan politik atau keselamatannya terancam.
Tentera Udara Poland dengan bantuan jet pejuang Belanda memusnahkan lebih sedozen dron yang memasuki ruang udara negara itu ketika serangan Rusia ke atas Ukraine pada Selasa malam, dengan Tusk berkata ia datang dari Rusia.
Beliau berkata, ini merupakan kali pertama dron Rusia ditembak jatuh di ruang udara NATO.
Tiada kecederaan dilaporkan, namun terdapat kerosakan harta benda.
Artikel seterusnya dalam perjanjian NATO, iaitu Artikel 5, menetapkan bahawa serangan bersenjata ke atas mana-mana anggota pakatan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota, yang memerlukan setiap anggota bertindak balas bagi memulihkan serta mengekalkan keselamatan rantau Atlantik Utara.
Bagaimanapun, dianggap sangat tidak mungkin Poland akan meminta bantuan ketenteraan di bawah Artikel 5 buat masa ini.
Berikutan insiden itu, Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz merakamkan penghargaan kepada angkatan tentera negara anggota NATO yang turut membantu.
Panglima tentera Poland menyatakan bahawa jet pejuang F-35 Belanda membantu mengawal ruang udara Poland dan turut merakamkan penghargaan kepada "Allied Air Command" (Aircom) NATO.
Pemangku Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof mengesahkan penghantaran jet berkenaan dan memberi jaminan sokongan lanjut kepada Poland.
"Adalah baik apabila jet pejuang F-35 Belanda dapat memberikan bantuan," tulis Schoof di X.
Belanda sebelum ini telah menghantar jet F-35 ke Poland untuk membantu mengawal ruang udara NATO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencerobohan ruang udara
#dron
#poland
#NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan