SEEKOR wallaby melarikan diri daripada sebuah zoo di Aberdeenshire, Scotland sehari selepas tiba di pusat itu.

Haiwan yang berusia enam bulan berkenaan tiba pada Ahad lepas, namun berjaya melarikan diri melalui lubang kecil yang terdapat di pagar.

Kali terakhir wallaby yang diberi nama Eddie itu dilihat, adalah di luar sebuah pub di bandar berkenaan.

Pengurus Zoo Waulkmil Menagerie, Nikki Johnstone memberitahu BBC Scotland, kelihangan Eddie tidak membimbangkan kerana ia mampu hidup dengan memakan rumput atau tumbuhan lain yang ditemui di kawasan itu.

Menurut National Geographic, wallaby merupakan haiwan herbivor dan memakan rumput serta tumbuhan.

Tambahnya haiwan ini terdiri daripada keluarga kangaroo dan hanya terdapat di Australia serta pulau berdekatan negara itu.

"Hanya apa yang membimbangkan kita adalah cuaca sejuk kerana Eddie masih kecil lagi dan ia memerlukan lampu pemanas ketika musim sejuk," kata Johnstone.

Selain itu katanya, Eddie tidak agresif terhadap manusia atau haiwan lain.

Johnstone turut berharap orang ramai dapat bantu menjejaki wallaby ini dan memulangkan Eddie kepada pihak zoo secepat mungkin.

Ini mungkin haiwan pertama dalam perhatian polis.

Pada Jun lepas, Newsweek melaporkan seekor burung unta terlepas daripada kawasan lapangan terbang di British Colombia, Kanada.

Sehingga kini, keberadaan burung unta masih tidak diketahui.