awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis guna meriam air, gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

Bernama
Bernama
01/12/2013
10:47 MYT
Polis guna meriam air, gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan
Penunjuk perasaan melontar tabung gas pemedih mata kepada polis dalam pertempuran di luar Rumah Kerajaan.-AFP PHOTO / Christophe ARCHAMBAULT
Percubaan beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan untuk menguasai Rumah Kerajaan di sini setakat ini berjaya dihalang polis melalui penggunaan meriam air dan gas pemedih mata.
Pada 1 tengah hari (waktu tempatan) atau kira-kira dua jam selepas percubaan pertama, para penunjuk perasaan masih cuba menghampiri Rumah Kerajaan, tetapi polis berjaya menggagalkan percubaan mereka untuk memasuki premis pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Kali ini, polis kelihatan begitu bersungguh-sungguh menghalang para penunjuk perasaan, berbanding beberapa hari lepas apabila mereka tidak campurtangan untuk menghalang kumpulan itu daripada menguasai kementerian dan agensi kerajaan.
Pada kira-kira 11.50 pagi, para penunjuk perasaan cuba membuang halangan di hadapan Rumah Kerajaan, tetapi sekurang-kurangnya dua tabung gas pemedih mata dilemparkan ke arah mereka.
Usaha penunjuk perasaan menguasai Rumah Kerajaan dijangka meningkatkan ketegangan dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan lebih tertekan.
Malam tadi, seorang terbunuh akibat tembakan selepas beratus-ratus orang menyerang bas dan teksi bagi menghalang mereka yang ingin menyertai Baju Merah, kumpulan penyokong kerajaan, berhimpun di Stadium Ratchmangala di sini.
Setakat ini, tiada laporan tentang sebarang rakyat Malaysia terperangkap dalam keadaan itu kerana kedutaan Malaysia di sini terlebih awal menasihati mereka menjauhi tempat tunjuk perasaan.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#protes
#Thailand
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan