awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Indonesia siasat sindiket jual beli organ manusia

Bernama
Bernama
29/01/2016
03:07 MYT
Polis Indonesia siasat sindiket jual beli organ manusia
Beberapa orang awam dilaporkan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli organ dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu. - Gambar hiasan
Polis sedang menyiasat satu sindiket jual-beli organ manusia terutamanya buah pinggang yang beroperasi di tiga buah hospital termasuk sebuah hospital kerajaan di sini.
Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, polis mengesahkan terdapat sindiket membeli dan menjual buah pinggang secara haram dikendalikan oleh beberapa orang awam yang menjadi orang tengah dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu.
Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, setakat ini polis telah menahan tiga individu bagi membantu siasatan selain menyiasat pengurusan hospital yang dipercayai terbabit dalam sindiket membeli dan menjual organ manusia itu.
Polis juga sedang menyiasat seorang bekas banduan dipercayai menjadi antara peniaga organ manusia.
Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah kesalahan perdagangan manusia iaitu membeli dan menjual organ manusia.
Modus operandi sindiket itu ialah orang tengah akan menerima pesanan organ manusia dari hospital, kemudian orang tengah itu akan mencari individu daripada golongan miskin yang sanggup menjual organ dalam tubuh mereka demi mendapatkan wang.
Umar berkata, penjual organ itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital tertentu sebelum melakukan pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukannya.
Hasil siasatan awal mendapati individu yang menjual buah pinggang itu dibayar kira-kira RM15,000 dan organ itu kemudian dijual sehingga mencecah harga RM100,000 kepada pesakit yang memerlukannya.
Katanya, perbuatan mengambil organ manusia secara sembarangan adalah satu kesalahan kerana terdapat undang-undang yang melarang golongan pekerja kasar seperti buruh dan sebagainya menjadi penderma organ.
Topic Berkaitan
#jenayah Indonesia
#jual organ
#organ manusia
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan