Skip to main content

Dunia

Polis Jerman buru banduan loloskan diri melalui bumbung penjara

A man walked out of a German prison on Sunday morning, and the bars on his cell window were the least of the problem. The 35-year-old had been sitting in pre-trial detention at JVA Duisburg-Hamborn since February 10. At about 3:20 in the morning he cut through a bar on his third-floor cell window, pried the fine grating aside using his cell table, squeezed through the gap, climbed the outside wall up to the fourth floor and got over the roof. Police are still searching for him._FB MS in Germany Study, Work
Banduan yang ditahan kerana disyaki melakukan kecurian itu berjaya menanggalkan satu daripada palang tingkap selnya di tingkat tiga melalui kaedah yang masih belum diketahui. - Facebook MS in Germany Study, Work
Advertisement

DUISBURG (JERMAN): Seorang banduan berusia 35 tahun meloloskan diri secara dramatik dari sebuah penjara di barat Jerman awal Ahad, dipercayai memanjat bahagian luar bangunan sebelum melarikan diri melalui bumbung, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki itu meloloskan diri daripada Penjara Duisburg-Hamborn kira-kira 3.20 pagi (0120 GMT), menurut Kementerian Kehakiman Negeri North Rhine-Westphalia.

Operasi memburu bagi mengesannya sedang dijalankan.

Banduan yang ditahan kerana disyaki melakukan kecurian itu berjaya menanggalkan satu daripada palang tingkap selnya di tingkat tiga melalui kaedah yang masih belum diketahui, kata jurucakap kementerian. Pihak berkuasa percaya dia mungkin menggergajinya.

Dia kemudian menolak jeriji keselamatan kedua yang lebih halus, menyusup keluar melalui ruang sempit dan dipercayai melarikan diri melalui bumbung. Untuk sampai ke situ, lelaki itu dipercayai perlu memanjat bahagian luar bangunan dari tingkat tiga ke tingkat empat, kata jurucakap itu.

"Kejadian meloloskan diri hari ini sama sekali tidak boleh diterima. Keutamaan utama sekarang adalah menangkap dengan segera banduan tahanan reman yang melarikan diri itu," kata Menteri Kehakiman North Rhine-Westphalia Benjamin Limbach.

"Kami akan menyiasat sepenuhnya bagaimana pelanggaran keselamatan ini boleh berlaku supaya tindakan yang diperlukan dapat diambil segera berdasarkan hasil siasatan," katanya.

Menurut kementerian, lelaki itu ditahan reman sejak 10 Feb. Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara enam tahun, namun keputusan itu masih belum mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement