Skip to main content

Dunia

Polis kawal pintu masuk pasar raya di Ceuta susulan rusuhan pendatang

Migrants wait for a shop to open so they can buy food after crossing from Morocco into the Spanish enclave of Ceuta, Friday, July 31, 2026. (AP Photo/Antonio Sempere)
Pendatang beramai-ramai menunggu pasar raya dibuka untuk mereka membeli makanan selepas menyeberang dari Maghribi ke Ceuta, 31 Julai 2026. (Foto AP)
Advertisement

CEUTA: Anggota polis mengawal pintu masuk pasar raya di bandar autonomi Sepanyol, Ceuta, di Afrika Utara susulan rusuhan yang tercetus, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Polis ditempatkan terus di pintu masuk premis bagi mengawal pergerakan pengunjung.

Langkah keselamatan tambahan turut diperkenalkan bagi menghalang cubaan baharu memasuki pasar raya secara beramai-ramai.

Rusuhan tercetus berhampiran beberapa premis runcit pada Jumaat, menyebabkan tingkap kedai rosak selain sekumpulan individu cuba memasuki premis berkenaan secara paksa.

Beberapa pasar raya di Ceuta ditutup sementara atas faktor keselamatan sebelum pihak berkuasa memperketat kawalan.

Langkah sama turut dilaksanakan di farmasi, restoran dan hotel.

Pengunjung dihentikan oleh pengawal keselamatan atau kakitangan di pintu masuk hotel dan diminta memberikan maklumat peribadi sebelum dibenarkan masuk.

Pada penghujung Julai, Ceuta menyaksikan kemasukan besar-besaran pendatang dari Maghribi.

Pada Jumaat, Datuk Bandar Ceuta Juan Jesus Vivas berkata kira-kira 60,000 orang memasuki bandar itu dari Maghribi dalam tempoh sehari.

Rusuhan tercetus susulan krisis itu, menyebabkan pasukan polis tambahan, Pengawal Awam dan anggota tentera dikerahkan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement