awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis: Pencarian mangsa kebakaran Hong Kong mungkin ambil masa beberapa minggu

Bernama
Bernama
30/11/2025
20:00 MYT
Polis: Pencarian mangsa kebakaran Hong Kong mungkin ambil masa beberapa minggu
Pemandangan di bangunan kompleks perumahan Wang Fuk Court yang mengalami kebakaran maut di Tai Po, Hong Kong, 29 Nov 2025. - REUTERS
HONG KONG: Angka korban akibat kebakaran di kompleks perumahan bertingkat tinggi di Hong Kong meningkat kepada 146 pada Ahad, dengan lebih 40 orang masih hilang, menurut polis di wilayah pentadbiran khas China itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bercakap semasa sidang media yang disiarkan penyiar awam RTHK, polis berkata angka kematian mungkin terus meningkat. Seramai 79 orang cedera dalam kebakaran yang meletus pada Rabu.
Polis berkata pekerja penyelamat setakat ini telah memeriksa empat daripada tujuh blok bangunan, namun operasi terjejas akibat jarak penglihatan yang rendah kerana keadaan dalam unit kediaman yang sangat gelap akibat kemusnahan.
Pencarian di blok bangunan yang lain mungkin mengambil masa beberapa minggu, menurut polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Hong Kong
#Wang Fuk Court
#kompleks perumahan terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan