Pihak berkuasa Chile masih lagi giat melakukan siasatan berkenaan beberapa gereja yang dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu sebuah Gereja Katolik yang terletak di Panguipulii kira-kira 830 kilometer di selatan Santiago menjadi mangsa.

Ini adalah gereja yang ke sebelas dibakar setakat ini dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut Ketua Umum Diego Olate kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi rabu selain siasatan forensik sedang dilakukan.

Selain itu beberapa helikopter yang diletakkan berhampiran gereja terbabit turut musnah dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Bagaimanapun insiden ini berlaku ketika sebahagian penduduk asli Mapuche mendesak pemerintah agar mengembalikan tanah luhur mereka dan mengiktiraf bahasa ibunda mereka.