Skip to main content

Dunia

Polis Singapura tahan 11 lelaki dalam operasi rentas sempadan eksploitasi seksual kanak-kanak

Sumber: SINGAPORE POLICE FORCE
SPF memaklumkan pihak berkuasa turut bekerjasama rapat dengan syarikat teknologi, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan sepanjang operasi itu.

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menahan 11 lelaki di republik itu dalam operasi rentas sempadan bagi membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak.

Operasi selama empat minggu itu melibatkan pihak polis di Singapura, Brunei, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Korea Selatan dan Thailand, lapor CNA memetik kenyataan SPF.

Advertisement

Operasi terbabit menyaksikan serbuan di 382 lokasi di tujuh wilayah berkenaan dengan penahanan 326 orang antara 23 Mac hingga 17 April 2026, manakala 119 individu lagi membantu siasatan.

“Seramai 445 orang yang ditahan dan disiasat terdiri daripada 430 lelaki dan 15 wanita berusia antara 12 hingga 72 tahun,” menurut SPF pada Selasa.

Pihak berkuasa turut merampas peranti elektronik termasuk 116 komputer, 340 telefon bimbit, 25 tablet elektronik, 140 peranti storan dan 16 penghala, selain bahan penderaan seksual kanak-kanak serta kandungan lucah.

SPF memaklumkan pihak berkuasa turut bekerjasama rapat dengan syarikat teknologi, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan sepanjang operasi itu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video