Polis menahan dua lelaki, masing-masing berumur 41 dan 50 tahun, dalam tempoh 12 jam selepas laporan dibuat berhubung satu kes penculikan.
Pada 2.13 petang Rabu, seorang lelaki berusia 52 tahun membuat laporan polis menyatakan dia menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang menuntut dia membayar wang tebusan S$20 juta (kira-kira RM51 juta) untuk pembebasan ibunya berumur 79 tahun.
Ibu lelaki itu kali terakhir dilihat di sekitar Hougang, di sini pada Rabu pagi.
Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Risikan Polis segera bertindak dan mengadakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti di mana wanita itu berada selain menjejak suspek.
Menjelang tengah malam, atas arahan penculik, lelaki itu meletakkan sebuah beg berisi wang tunai S$2 juta (kira kira RM5.16 juta) di Sembawang Park dan beredar dari situ.
Penculik kemudian membebaskan mangsa di kawasan Seletar West Camp awal pagi Khamis.
Selepas memastikan keselamatan mangsa, polis meneruskan operasi mereka dan kedua-dua suspek ditahan di sekitar Hougang dan Ang Mo Kio dalam masa 12 jam selepas laporan dibuat.
Polis turut memperoleh semula S$2 juta yang dibayar sebagai wang tebusan. Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.
Bernama
Fri Jan 10 2014
Gambar Fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Culik: Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
Acah-acah culik, minta wang tebusan... Modus operandi baharu scammer
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.
Dua minggu yang ngeri buat David, diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia
Nasihat David, jangan jadi sepertinya, mudah percaya cakap orang, lebih-lebih lagi kenalan baharu yang tidak diketahui latar belakangnya.