awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suami atlet Kenya Tirop

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2021
23:00 MYT
Polis tahan suami atlet Kenya Tirop
Polis Kenya menahan suami kepada pelari jarak jauh Agnes Tirop yang ditemui mati dalam rumahnya. -Gambar fail
NAIROBI: Polis Kenya menahan suami kepada pelari jarak jauh Agnes Tirop yang dijumpai mati di dalam rumahnya.
Polis berkata, mayat Tirop ditemukan pada Rabu dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian leher.
Atlet berusia 25 tahun itu mewakili Kenya dalam acara 5,000 di temasya Olimpik Tokyo tahun ini dan berada di tempat ke-4 dalam pusingan akhir.
Ketua Polis Keiyo North, Tom Makori berkata, Ibrahim Rotich ditahan di Mombasa beberapa jam selepas pihak polis memujuknya untuk menyerah diri.
"Suspek telah ditahan dan kini berada di Balai Polis Changamwe.
"Saya mengesahkan kami telah menahan suspek utama dalam kes ini," katanya.
Badan Penyiasat Jenayah dalam catatan di akaun rasmi Twitter memaklumkan, Rotich ditahan selepas melanggar sebuah lori dalam usahanya melarikan diri ke luar negara.
"Suspek sedang disiasat oleh pegawai kami di Balai Polis Changamwe sebelum didakwa atas tuduhan membunuh," katanya.
Topic Berkaitan
#atlet Kenya
#Agnes Tirop
#Ibrahim Rotich
#pelari jarak jauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan