awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thai tahan enam rakyat Malaysia terlibat penipuan pusat panggilan

Bernama
Bernama
05/01/2018
07:32 MYT
Polis Thai tahan enam rakyat Malaysia terlibat penipuan pusat panggilan
Dua daripada enam rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok kerana disyaki terlibat 'sindiket penipuan panggilan'. -foto Bernama
Polis Thai menahan enam lelaki warga Malaysia dalam serbuan berasingan di bilik hotel mereka di sini kerana disyaki menjadi anggota sindiket ‘penipuan pusat panggilan’ di negara ini.
Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai, Mej Jen Surachet Hakpan yang mengetuai serbuan itu malam tadi berkata, seorang suspek rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah hotel di kawasan Huai Kwang malam tadi manakala lima lagi ditangkap di sebuah hotel di Sukhumvit Road kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) hari ini.
“Berdasarkan maklumat daripada seorang rakyat Malaysia yang ditahan di hotel Huai Kwang, kami berjaya menahan lima lagi suspek dalam operasi susulan di bilik hotel di Sukhumvit Road,” katanya kepada media di sini hari ini.
Tipu panggilan
Antara barangan yang dirampai Polis Thai daripada enam rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok hari ini. -foto Bernama
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluaran wang, kad SIM telefon bimbit, telefon bimbit serta wang tunai dalam Baht Thai dan Ringgit Malaysia daripada lelaki terbabit.
Surachet berkata kesemua rakyat Malaysia itu sering pergi ke Thailand.
Beliau berkata siasatan polis menumpukan kepada seorang daripada suspek yang mengumpul semua duit mangsa dan memindahkannya ke beberapa akaun bank mempunyai nama rakyat Thai dan Malaysia.
Wang itu kemudian dikeluarkan dari Thailand, katanya, dan menambah polis mendapati kira-kira 1.2 juta Baht (kira-kira RM153,000) telah dikeluarkan dari negara ini.
Beliau berkata polis akan menahan rakyat Thai yang namanya tertera dalam akaun bank terbabit yang digunakan sindiket itu untuk siasatan, terutamanya mengenai kemungkinan penglibatan mereka dalam sindiket berkenaan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#penipuan pusat panggilan
#Penipuan Telefon
#rakyat Malaysia ditahan
#rakyat Thai
#sindiket
#Sukhumvit Road
#Thai
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan