DUNIA
Polis Thailand guna ChatGPT jejak pesalah trafik sepantas tiga saat

Polis Thailand berjaya menahan suspek kes langgar lari di Udon Thani dengan bantuan teknologi AI ChatGPT yang mengenal pasti komponen kenderaan dalam masa tiga saat. -Gambar hiasan/AP
UDON THANI: Polis Thailand berjaya menahan seorang pemandu kes langgar lari yang mengorbankan dua nyawa selepas menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) ChatGPT untuk mengenal pasti komponen kenderaan suspek dalam tempoh kurang tiga saat.
Ringkasan AI
- Polis Thailand berjaya menahan suspek kes langgar lari di Udon Thani dengan bantuan teknologi AI ChatGPT yang mengenal pasti komponen kenderaan dalam masa tiga saat.
- Serpihan kenderaan dianalisis menggunakan AI, yang mengenal pasti ia milik Toyota Hilux Vigo Champ (20112015), membantu mengecilkan skop siasatan.
- Kejayaan ini mendapat pujian ramai dan menunjukkan keberkesanan penggunaan teknologi AI dalam siasatan jenayah.
Pegawai penyiasat memuat naik imej serpihan tersebut ke ChatGPT dan meminta AI mengenal pasti jenis dan model kenderaan.
Dalam masa tiga saat, AI mengenal pasti komponen itu sebagai “pengukuh atas bampar hadapan” dengan nombor siri 52113-0K140, milik model Toyota Hilux Vigo Champ tahun keluaran 2011–2015.
Maklumat tersebut membolehkan polis mengecilkan skop siasatan dan meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi.
Hasilnya, suspek berjaya dikenal pasti dan ditahan.
Kejayaan ini dikongsi oleh salah seorang penyiasat melalui hantaran di Facebook pada 8 Julai, yang kemudiannya tular dengan lebih 2,000 perkongsian.
Rata-rata warganet memuji pendekatan kreatif dan efektif pihak berkuasa dalam menggunakan teknologi AI untuk menyelesaikan siasatan jenayah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami