awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Turkiye rampas permata, antik bernilai AS$30 juta di Grand Bazaar, Istanbul

Agensi
Agensi
27/08/2025
23:10 MYT
Polis Turkiye rampas permata,  antik bernilai AS$30 juta di Grand Bazaar, Istanbul
Grand Bazaar merupakan antara lokasi pelancongan paling popular di dunia dengan ribuan kedai kecil di bawah satu bumbung. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Polis Turkiye merampas permata dan barangan antik bernilai kira-kira AS$30 juta (RM127 juta) dalam satu serbuan di Grand Bazaar, pasar bersejarah berusia 500 tahun di Istanbul.
Media tempatan melaporkan, operasi itu dijalankan susulan siasatan terhadap aktiviti penyeludupan berlian, yang membawa kepada penahanan awal 10 suspek.
Bertindak atas arahan Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul, pihak polis menyerbu 23 premis perniagaan di bazar berkenaan sebelum menahan 40 lagi individu.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas 135 barangan kemas, 1,132 jongkong logam berharga serta 267 artifak bersejarah dengan nilai keseluruhan 1.25 bilion lira Turki (bersamaan AS$30.5 juta). Senjata api dan bahan digital juga dirampas.
Grand Bazaar, yang dibina pada abad ke-15 oleh Sultan Mehmet II selepas menawan kota itu daripada Empayar Byzantine, merupakan antara lokasi pelancongan paling popular di dunia dengan ribuan kedai kecil di bawah satu bumbung.
Serbuan pihak berkuasa di bazar berkenaan bukanlah kali pertama. Pada April lalu, sebuah syarikat mata wang asing dan logam berharga turut disiasat di lokasi sama berhubung dakwaan pengubahan wang haram. - Agensi
Topic Berkaitan
#rampas permata
#antik
#aktiviti penyeludupan berlian
#Grand Bazaar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan