Skip to main content

Dunia

Presiden Prabowo terima peletakan jawatan Naib Presiden Gibran

Prabowo membuat kenyataan itu pada sidang media bersama Gibran di Istana Presiden. - Foto Reuters
Prabowo membuat kenyataan itu pada sidang media bersama Gibran di Istana Presiden. - Foto Reuters

Ringkasan AI

  • Presiden Indonesia Prabowo Subianto menerima peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka pada Khamis.
  • Gibran mengemukakan peletakan jawatan kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat selepas timbul isu kelayakan akademik berkaitan sijil pendidikan luar negara.
  • MPR perlu bersidang dalam tempoh 60 hari untuk memilih pengganti naib presiden daripada dua calon yang dikemukakan presiden.
Advertisement

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis berkata beliau menerima peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, lapor Xinhua.

Prabowo membuat kenyataan itu pada sidang media bersama Gibran di Istana Presiden.

Menurut media tempatan, Gibran mengemukakan peletakan jawatannya kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) pada awal Khamis, ketika timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.

Advertisement

Mengikut Perlembagaan Indonesia, MPR perlu bersidang dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan jawatan naib presiden bagi memilih pengganti daripada dua calon yang dikemukakan oleh presiden.

Gibran, yang dilahirkan pada 1987, mengangkat sumpah sebagai naib presiden pada 20 Okt 2024 bagi tempoh jawatan lima tahun.

Advertisement

Beliau berdepan tekanan politik selepas Mahkamah Agung Indonesia baru-baru ini membatalkan sijil penyetaraan kelayakan pendidikan luar negara yang digunakannya ketika bertanding dalam pilihan raya.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement