awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portugal akan iktiraf Palestin menjelang Perhimpunan Agung PBB

Bernama
Bernama
20/09/2025
02:30 MYT
Portugal akan iktiraf Palestin menjelang Perhimpunan Agung PBB
Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar pada Jumaat, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu depan.
ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar pada Jumaat, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kementerian Luar mengesahkan bahawa Portugal akan mengiktiraf Negara Palestin ... pengisytiharan rasmi pengiktirafan akan dibuat pada Ahad, 21 Sept," menurut kenyataan di laman sesawang kementerian itu, sambil menegaskan langkah itu dibuat sebelum persidangan peringkat tinggi di New York.
Lisbon sebelum ini menyatakan hasratnya pada Julai lalu, dengan merujuk kepada "perkembangan konflik yang amat membimbangkan," krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta ancaman berulang Israel untuk menjajah wilayah Palestin.
Beberapa negara Barat lain, termasuk Belgium, Perancis dan United Kingdom dijangka turut mengiktiraf Palestin secara rasmi semasa perhimpunan itu.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Julai berkata, negaranya akan berbuat demikian, manakala Perdana Menteri Britain, Keir Starmer memberi isyarat bahawa UK akan bertindak jika Israel gagal memenuhi syarat-syarat bagi memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza.
Starmer berkata, negara-negara kini "bekerjasama untuk menamatkan malapetaka kemanusiaan di Asia Barat."
Perhimpunan PBB kali ini akan memfokuskan kepada usaha memajukan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin yang berlarutan.
Pasukan penyiasat PBB baru-baru ini merumuskan, Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dengan jumlah korban melebihi 65,000 orang.
Sekitar tiga perempat negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin, dengan Ireland, Sepanyol dan Norway membuat pengiktirafan pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Portugal iktiraf Palestin
#Perhimpunan Agung PBB
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan