awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potong gaji penjawat awam bagi tangani inflasi - PM Korea Selatan

Bernama
Bernama
29/08/2022
20:00 MYT
Potong gaji penjawat awam bagi tangani inflasi - PM Korea Selatan
Han Duck-soo berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi. - YouTube
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo pada Isnin berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi, lapor Yonhap.
"Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal," kata Han ketika persidangan di parlimen.
Apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan, Han berkata, "Setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka."
Menteri Kewangan Choo Kyung-ho menggesa firma swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan, memberi amaran bahawa kenaikan gaji sedemikian boleh mencetuskan inflasi.
Ditanya mengenai kenyataan Choo, Han berkata kerajaan berada dalam "kedudukan sukar" dan meminta firma swasta menyertai langkah mengurangkan inflasi.
Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada Julai disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.
Harga pengguna melonjak 6.3 peratus bulan lepas berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada enam peratus pada Jun, menurut data kerajaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#kurangkan gaji penjawat awam
#Han Duck-soo
#PM korea selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan