awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Potonglah tangan saya. Saya sudah tidak tahan lagi," rayu 'lelaki pokok'

Agensi
Agensi
25/06/2019
00:08 MYT
"Potonglah tangan saya. Saya sudah tidak tahan lagi," rayu 'lelaki pokok'
Lelaki tersebut menderita penyakit genetik jarang berlaku yang dikenali sebagai 'sindrom lelaki pokok'. - Foto Sinar Harian
Seorang lelaki Bangladesh digelar 'lelaki pokok' kerana penyakit dialaminya berkata, dia rela kedua-dua tangan dipotong bagi menghilangkan kesakitan dan penderitaannya.
Sejak 2016, Abul Bajandar, 28 tahun, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang 'kulit kayu' pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital.
Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun Bajandar kembali dimasukan ke hospital Januari lalu selepas keadannya bertambah buruk.
"Saya sudah tidak tahan. Setiap malam, saya tak dapat melelapkan mata.
"Saya minta doktor potong tangan saya bagi menghilangkan kesakitan dialami selama ini," katanya.
Keputusan Bajandar mendapat sokongan ibunya Amina Bibi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji untuk memberikan rawatan percuma untuk Bajandar selepas masalah dialaminya mengundang simpati di negara itu.
Dia diberikan kabin peribadi bersama isteri dan anak perempuannya selama hampir dua tahun ketika pusingan pertama rawatannya.
Difahamkan, lelaki tersebut menderita penyakit genetik jarang berlaku, epidermodysplasia verruciformis atau 'sindrom lelaki pokok'.
Topic Berkaitan
#Abul Bajandar
#epidermodysplasia verruciformis
#lelaki pokok
#penyakit
#potong tangan
#sakit
#sindrom lelaki pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan