Skip to main content

Dunia

Prabowo gesa tingkatkan pelaburan kereta api, tegaskan perkhidmatan untuk rakyat

81767218825_PrabowoSubianto.jpg
Prabowo turut menggesa usaha pemuliharaan alam sekitar dipertingkatkan, sambil menambah bahawa ratusan juta pokok baharu perlu ditanam jika perlu. - Gambar fail
Advertisement

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis menggesa pengendali kereta api milik kerajaan, PT Kereta Api Indonesia (KAI) meningkatkan pelaburan bagi membangunkan rangkaian kereta api untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat dan cekap kepada rakyat.

Beliau berkata pengangkutan kereta api, sebagai sistem logistik yang menjimatkan, akan terus memainkan peranan penting dalam masyarakat moden dan KAI perlu terus menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar kecil.

"Teknologi dan semua infrastruktur pada akhirnya diwujudkan untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya pada majlis sempena penyiapan fasa pertama pemulihan Stesen Semarang Tawang di Jawa Tengah serta pelancaran perkhidmatan baharu Nusantara Explorer oleh KAI.

Secara berasingan, Prabowo turut menetapkan sasaran selama setahun untuk menyelesaikan masalah sampah di negara itu, dengan semua sungai dan laluan air mesti dijaga kebersihannya sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pertumbuhan sektor pelancongan.

Presiden itu turut menggesa usaha pemuliharaan alam sekitar dipertingkatkan, sambil menambah bahawa ratusan juta pokok baharu perlu ditanam jika perlu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement