awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo hadiri KTT Perdamaian Sharm el-Sheikh, tegaskan komitmen Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2025
14:15 MYT
Prabowo hadiri KTT Perdamaian Sharm el-Sheikh, tegaskan komitmen Indonesia
Prabowo dalam ucapannya menegaskan kembali peranan Indonesia sebagai negara yang sentiasa menjunjung tinggi nilai kemanusiaan.
PRESIDEN Indonesia, Prabowo Subianto menghadiri Konferensi Tingkat Tinggi (KTT) Perdamaian Sharm El-Sheikh yang mempertemukan para pemimpin dunia bagi menandatangani perjanjian perdamaian dan menghentikan perang di Gaza.
Forum antarabangsa yang berlangsung di bandar pesisir Mesir itu menjadi detik penting dalam usaha mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau Asia Barat.
Kehadiran Indonesia menzahirkan pendirian tegas negara itu dalam menyokong setiap inisiatif diplomatik yang berteraskan kemanusiaan.
KTT tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin besar dunia, termasuk Presiden Republik Arab Mesir Abdel Fattah el-Sisi selaku tuan rumah, serta Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dalam suasana forum yang penuh semangat kebersamaan, para pemimpin menegaskan komitmen untuk menghentikan konflik dan membuka jalan ke arah perdamaian sejati.
Presiden Prabowo dalam ucapannya menegaskan kembali peranan Indonesia sebagai negara yang sentiasa menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dan solidariti sejagat.
“Indonesia akan terus berperanan aktif memastikan setiap usaha perdamaian menjadi jambatan menuju masa depan yang lebih adil dan harmoni bagi seluruh umat manusia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Prabowo Subianto
#Donald Trump
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan