awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2024
06:28 MYT
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Prabowo Subianto (kiri) menerima kunjungan Jokowi (kanan) selepas menjalani pembedahan kaki baru-baru ini. -Foto Kompas
JAKARTA: Pakar perubatan dari Pusat Rehabilitasi (Pusrehab) Kementerian Pertahanan Indonesia, Dr Yos Sunaryo Kusumo mendedahkan bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memilih untuk menjalani pembedahan di kakinya pada masa ini, biarpun kecederaan itu sudah dialami sejak tahun 80an lagi.
Memetik laporan Kompas, Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
“Ya, beliau mahu jalani pembedahan kerana kecederaan yang diberitahunya sebelum ini dialami sejak tahun 80an,” katanya ketika ditemui Kompas di Pusrehab Kemenhan, Jakarta Selatan pada Jumaat.
Dr Yos Sunaryo mengesahkan bahawa kecederaan lama itu dialami Prabowo ketika beliau menjalani latihan payung terjun semasa berkhidmat dalam tentera dahulu.
Beliau berkata, keadaan Prabowo stabil selepas selesai menjalani pembedahan, dan bakal pemimpin utama negara itu tidak lagi memerlukan tongkat atau bantuan ketika berjalan.
Media sebelum ini melaporkan kenyataan Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Habiburokhman sebagai berkata, Prabowo telah mengalami kecederaan sewaktu latihan payung terjun di Timur Timor pada tahun 80an.
Habiburokhman berkata, keadaan kaki Prabowo kembali teruk selepas puluhan tahun insiden itu terjadi.
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Yos Sunaryo
#jalani pembedahan
#kecederaan ketika latihan payung terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan