Skip to main content

Dunia

Prabowo rombak kabinet Indonesia, lantik menteri baharu

 Indonesian President Prabowo Subianto attends the 56th annual World Economic Forum (WEF) meeting in Davos, Switzerland, January 22, 2026. REUTERS/Denis Balibouse/File Photo
Presiden Indonesia Prabowo Subianto merombak kabinet beliau pada Isnin dengan melantik menteri serta pegawai kanan baharu sebagai langkah memperkukuh portfolio utama kerajaan. - Gambar fail/REUTERS

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto merombak kabinet beliau pada Isnin dengan melantik menteri serta pegawai kanan baharu sebagai langkah memperkukuh portfolio utama kerajaan.

Pengerusi Konfederasi Kesatuan Sekerja Seluruh Indonesia (KSPSI), Mohammad Jumhur Hidayat dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merangkap Ketua Agensi Kawalan Alam Sekitar (BPLH), menggantikan Hanif Faisol Nurofiq, lapor agensi berita Antara.

Advertisement

Hanif Faisol Nurofiq pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Makanan dan telah mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.

Dalam pelantikan lain, bekas panglima angkatan darat Dudung Abdurachman dinamakan sebagai Ketua Staf Kepresidenan, menggantikan Muhammad Qodari yang dilantik sebagai Ketua Badan Komunikasi Pemerintah (Bakom).

Sementara itu, Abdul Kadir Karding yang merupakan bekas Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (2024 - 2025), dilantik sebagai Ketua Badan Kuarantin Indonesia.

Bekas Ketua Pejabat Komunikasi Kepresidenan, Hasan Nasbi pula dilantik sebagai Penasihat Khas Presiden bagi Komunikasi.

Prabowo mempengerusikan upacara mengangkat sumpah bagi pegawai yang baru dilantik itu pada Isnin.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video