awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo rombak Kabinet libat lima kementerian

Agensi
Agensi
08/09/2025
10:01 MYT
Prabowo rombak Kabinet libat lima kementerian
Rombakan ini dilihat sebagai langkah strategik Prabowo dalam memperkukuh pentadbiran dan meningkatkan keberkesanan dasar pemerintah. - Reuters
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan rombakan Kabinet Merah Putih melibatkan lima kementerian utama pada Isnin.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi, dalam satu sidang media di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta Pusat.
"Atas pelbagai pertimbangan, maklum balas dan penilaian yang berterusan oleh Bapak Presiden, maka pada petang ini beliau memutuskan untuk melakukan perubahan susunan Kabinet Merah Putih bagi beberapa jawatan," kata beliau.
Memetik laporan Kompas, lima kementerian yang terlibat ialah Kementerian Koordinator Bidang Politik dan Keamanan yang sebelum ini dipimpin Budi Gunawan; Kementerian Kewangan yang sebelum ini dipimpin Sri Mulyani; Kementerian Perlindungan Pekerja Migran Indonesia; Kementerian Koperasi yang sebelum ini dipimpin Budi Arie Setiadi; serta Kementerian Pemuda dan Olahraga yang sebelum ini dipimpin Dito Ariotedjo.
Selain itu, Prabowo juga dilaporkan bakal melantik Menteri Haji dan Umrah, yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pengelola Haji (BP Haji), menjadikan kementerian itu sebagai jawatan rasmi dalam kabinet.
Dalam masa sama, Prabowo turut mengumumkan penubuhan sebuah kementerian baharu iaitu kementerian haji dan umrah yang sebelum ini dikenali sebagai badan pengelola haji atau BP Haji.
"Untuk enam Kementerian yang tadi kami sebutkan, satu adalah kementerian yang baharu dan lima adalah jementerian yang terjadi perubahan susunan yang menjabat. Maka pada petang ini akan dilakukan pelantikan di Istana Negara," ujar Prasetyo.
Rombakan ini dilihat sebagai langkah strategik Prabowo dalam memperkukuh pentadbiran dan meningkatkan keberkesanan dasar pemerintah.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#kabinet
#Indonesia
#rombakan kabinet
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan