awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Abbas mahu sidang tergempar UNSC selepas pembunuhan beramai-ramai di Nuseirat

Bernama
Bernama
09/06/2024
10:00 MYT
Presiden Abbas mahu sidang tergempar UNSC selepas pembunuhan beramai-ramai di Nuseirat
Abbas menekankan keperluan mendesak untuk campur tangan antarabangsa bagi menghentikan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur. - Gambar/ AP
RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas telah mengarahkan wakil Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan bagi membincangkan kesan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel di Kem Pelarian Nuseirat, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Serangan Israel ke atas kem Nuseirat telah mengorbankan lebih 210 orang dan mencederakan hampir 4,000 orang.
Abbas sedang giat berusaha secara diplomatik dengan pihak berkepentingan Arab dan antarabangsa untuk mengadakan sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB.
Tujuannya adalah untuk menangani serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan memaksa Israel mematuhi resolusi antarabangsa, termasuk yang menyeru gencatan senjata segera, menurut laporan itu.
Abbas menekankan keperluan mendesak untuk campur tangan antarabangsa bagi menghentikan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur.
Beliau menegaskan bahawa Israel terus mengambil kesempatan atas tindakan berdiam diri antarabangsa dan sokongan Amerika Syarikat untuk melakukan jenayah yang melanggar semua resolusi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#pembunuhan beramai-ramai
#Mahmoud Abbas
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan