awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya

Bernama
Bernama
02/12/2024
06:00 MYT
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Hunter Biden (kanan) sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan cukai persekutuan. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hunter, 54, sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan cukai persekutuan dalam perbicaraan kedua selepas didapati bersalah atas pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api dan penggunaan dadah.
Hukuman dijangka diumumkan pada Disember.
Presiden AS itu walaupun pernah berjanji tidak akan campur tangan dalam keputusan Jabatan Kehakiman berkata: "Jelas sekali bahawa Hunter dilayan secara berbeza."
"Tiada individu yang munasabah yang meneliti fakta kes Hunter boleh membuat kesimpulan lain selain bahawa Hunter menjadi sasaran hanya kerana dia anak saya - dan ini adalah salah," kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Hunter Biden
#pengampunan
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan