awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi

Bernama
Bernama
09/07/2024
12:54 MYT
Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi
Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara. - X @jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara dengan ahli perniagaan terkemuka Emiriah, Mohamed Alabbar.
Mohamed merupakan Pengasas dan Pengerusi Emaar Properties PJSC, pemaju terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang dikenali dengan projek-projek termasuk pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota, Basuki Hadimuljono berkata lawatan ini bertujuan untuk membuat susulan terhadap minat Mohamed dalam membangunkan pusat kewangan yang serupa dengan Pusat Perniagaan Daerah Sudirman di ibu kota baharu itu.
"Kami menunggu perkembangan lanjut sama ada lawatan ini akan memuktamadkan komitmen pelaburan atau hanya membincangkan kesinambungan minat," katanya, seperti dilaporkan oleh berita dalam talian, Bisnis.com.
Semasa satu majlis pecah tanah baru-baru ini di Nusantara, Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi memberi bayangan mengenai pelaburan besar daripada taikun hartanah Emiriah itu pada masa hadapan.
Mohamed, yang melawat Nusantara pada 26 Mei bersama Menteri Perusahaan Milik Negara Indonesia Erick Thohir, menyatakan minat yang mendalam dalam sektor tenaga, pengangkutan, dan hartanah.
Sementara itu, Jokowi telah menangguhkan pemindahan pejabatnya ke Nusantara bulan ini kerana kebimbangan mengenai kesediaan infrastruktur, terutamanya kelewatan dalam bekalan air.
Beliau juga tidak akan tergesa-gesa untuk mengeluarkan Dekri Presiden mengenai pemindahan ibu negara ke Nusantara dari Jakarta, kerana infrastruktur di ibu kota baharu itu masih belum siap sepenuhnya.
Sebelum ini, Presiden dijangka mula bertugas dari Nusantara, Kalimantan Timur pada Julai, hanya sebulan sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-79.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Abu Dhabi
#pelaburan
#hartanah
#nusantara
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan