awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asfura angkat sumpah Presiden Honduras, fokus selesai masalah rakyat
Blatter sokong boikot Piala Dunia 2026 di AS susulan tindakan pentadbiran Trump
Patung kuda 'muram' jadi tular menjelang Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam

Agensi
Agensi
27/01/2026
22:20 MYT
Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam
Mohammed (kanan) memaklumkan kepada Pezeshkian bahawa Riyadh “menolak sebarang bentuk pencerobohan atau peningkatan konflik terhadap Iran” dan bersedia “bekerjasama dengan Iran serta negara-negara serantau lain. - Gambar fail Reuters
TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, “kesatuan dan perpaduan dalam kalangan negara Islam adalah elemen penting” bagi kestabilan serantau, ketika mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Iran, Pezeshkian turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan negara-negara Islam terhadap Tehran.
“Beliau menekankan bahawa ketidakstabilan di rantau ini tidak membawa manfaat kepada sesiapa, dan memberi amaran terhadap operasi politik serta psikologi yang boleh menjejaskan keselamatan serantau,” menurut kenyataan itu.
Pezeshkian juga “mengulangi kesediaan Iran untuk menyokong sebarang proses yang membawa kepada keamanan, pengurangan ketegangan serta pencegahan konflik.”
Menurut pejabat Presiden Iran itu lagi, Mohammed memaklumkan kepada Pezeshkian bahawa Riyadh “menolak sebarang bentuk pencerobohan atau peningkatan konflik terhadap Iran” dan bersedia “bekerjasama dengan Iran serta negara-negara serantau lain bagi membentuk keamanan dan keselamatan berkekalan di rantau ini.” - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Iran
#Masoud Pezeshkian
#Mohammed bin Salman
#perpaduan
#negara Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami