awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Jerman bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada 23 Feb

Bernama
Bernama
27/12/2024
13:00 MYT
Presiden Jerman bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada 23 Feb
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya pada 23 Feb, tujuh bulan lebih awal daripada perancangan asal. - Foto AP
BERLIN: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya pada 23 Feb, tujuh bulan lebih awal daripada perancangan asal, lapor agensi berita Jerman dpa.
Keputusan Steinmeier pada Jumaat itu dijangka susulan kejatuhan gabungan tiga parti Canselor Olaf Scholz pada November lepas dan kegagalan undi keyakinan terhadap pemerintahannya pada 16 Dis.
Pemimpin parlimen Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Scholz dan Parti Demokratik Kristian (CDU) konservatif telah bersetuju mengenai tarikh pilihan raya Februari itu.
Artikel 39 Undang-Undang Asas Jerman atau perlembagaan, menetapkan bahawa pilihan raya baharu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas undi percaya.
Scholz menghadapi cabaran sukar untuk dipilih semula. Dalam tinjauan pendapat terkini, CDU mendahului SPD dengan kelebihan sekitar 10 mata.
Steinmeier pada Jumaat menekankan bahawa kestabilan politik adalah aset berharga di Jerman, sambil menyifatkan pembubaran Bundestag dan pilihan raya awal sebagai pengecualian kepada peraturan itu.
"Terutamanya dalam masa-masa sukar seperti sekarang, kestabilan memerlukan kerajaan yang mampu bertindak dan majoriti yang boleh dipercayai di Parlimen," kata presiden itu ketika menjelaskan keputusannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Jerman
#Frank-Walter Steinmeier
#bubar parlimen
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan