JAKARTA: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan dan ekonomi negara mereka, termasuk membabitkan infrastruktur senjata dan kenderaan elektrik (EV).
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan itu semasa sidang kemuncak di istana presiden di Jakarta.
Yoon berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak tahunan melibatkan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Korea Selatan dan Indonesia, lapor agensi berita Yonhap.
Yoon dan Widodo menyatakan keperluan untuk mengukuhkan perkongsian strategik khas dua hala, termasuk melalui kerjasama Inisiatif Solidariti Korea-ASEAN, yang menumpukan pada pengukuhan kerjasama strategik antara Korea Selatan dan 10 negara anggota ASEAN serta ASEAN Outlook on the Indo-Pacific, yang berkisar pada prinsip kerjasama pemusatan, keterangkuman, keterbukaan dan ketelusan ASEAN.
Kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan lagi kerjasama senjata dan mengesahkan komitmen bersama menyelesaikan projek membangunkan jet pejuang KF-21.
Indonesia ialah pembeli terbesar senjata Korea Selatan dalam kalangan anggota ASEAN, dengan jumlah bernilai US$4.3 bilion.
Negara itu juga merupakan negara pertama yang mengimport pesawat KT-1 dan T-50 Korea Selatan dan merupakan satu-satunya negara setakat ini yang mengimport kapal selam Korea Selatan.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus mengembangkan perdagangan dan pelaburan berdasarkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif yang berkuat kuasa pada Januari, membina industri EV dan bateri Indonesia, dan memudahkan eksport makanan halal Korea Selatan ke Indonesia.
Perdagangan dua hala berjumlah US$26 bilion tahun lepas, jumlah keempat terbesar di kalangan negara ASEAN, manakala pelaburan Korea Selatan di Indonesia mencapai US$22.7 bilion tahun lepas, jumlah ketiga terbesar dalam kalangan anggota ASEAN.
Kedua-dua pihak komited untuk meningkatkan kerjasama dalam membina infrastruktur, seperti loji penulenan neutral karbon, sistem air dan kumbahan serta terowong, sejajar dengan perancangan pemindahan ibu kota Indonesia ke wilayah Kalimantan Timur menjelang 2045.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan itu semasa sidang kemuncak di istana presiden di Jakarta. - Gambar/ Twitter @jokowi
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.