Skip to main content

Dunia

Presiden Kosovo bubar Parlimen, pilihan raya umum ketiga dalam setahun

Kosovo's President Vjosa Osmani delivers a speech during a parade celebrating the 18th anniversary of Kosovo's independence in Pristina, Kosovo, February 17, 2026. REUTERS/Florion Goga
OSMANI: Parlimen yang tidak mampu melantik seorang presiden tidak boleh dibiarkan terus mengheret proses ini tanpa penghujung seperti cuba dilakukan sekarang. -Gambar fail

PRISTINA: Presiden Kosovo Vjosa Osmani pada Jumaat membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya umum, yang ketiga dalam tempoh setahun, selepas kegagalan ahli parlimen melantik ketua negara baharu dalam tempoh perlembagaan ditetapkan.

Parlimen yang mempunyai 120 kerusi itu diberi tempoh sehingga tengah malam Khamis untuk memilih presiden, namun parti pemerintah Vetevendosje pimpinan Perdana Menteri Albin Kurti gagal mendapatkan kuorum atau sokongan pembangkang bagi mencalonkan Menteri Luar Glauk Konjufca.

Advertisement

"Parlimen yang tidak mampu melantik seorang presiden tidak boleh dibiarkan terus mengheret proses ini tanpa penghujung seperti cuba dilakukan sekarang," tegas Osmani dalam satu kenyataan hari ini.

Parti-parti pembangkang sebelum ini menuntut calon konsensus dilantik, namun Kurti tetap bertegas dengan pencalonan menteri luarnya itu, sekali gus mencetuskan kebuntuan politik berterusan.

Kosovo sebelum ini telah mengadakan pilihan raya mengejut pada 28 Disember lalu selepas kegagalan membentuk kerajaan susulan pilihan raya umum Februari 2025.

Perkembangan terbaharu ini dijangka meningkatkan lagi ketidaktentuan politik di negara Balkan berkenaan. 

Must Watch Video