awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Madagascar lantik jeneral sebagai Perdana Menteri baharu

Bernama
Bernama
07/10/2025
03:20 MYT
Presiden Madagascar lantik jeneral sebagai Perdana Menteri baharu
Jeneral Ruphin Fortunat Zafisambo dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Madagascar menggantikan Christian Ntsay yang dipecat. - Gambar Reuters
LUSAKA (Zambia): Presiden Madagascar, Andry Rajoelina pada Isnin melantik tentera Jeneral Ruphin Fortunat Zafisambo sebagai Perdana Menteri baharu, seminggu selepas beliau membubarkan kerajaan ekoran protes terhadap gangguan bekalan elektrik dan air, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Zafisambo menggantikan Christian Ntsay yang dipecat termasuk seluruh anggota Kabinet dalam tindakan awal Rajoelina bagi menangani gelombang protes diilhamkan "Gen-Z" dan digerakkan melalui media sosial.
"Saya telah memutuskan untuk melantik Ruphin Fortunat Zafisambo sebagai Perdana Menteri baharu.
"Beliau mesti mampu memulihkan ketenteraman serta mengembalikan keyakinan rakyat," kata Rajoelina ketika berucap dari Istana Presiden di ibu negara Antananarivo, sambil menegaskan bahawa pemimpin baharu itu perlu berkhidmat dengan penuh integriti.
Zafisambo sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah Kabinet Tentera di Pejabat Perdana Menteri sejak 2021.
Pelantikan beliau dibuat ketika demonstrasi anti-kerajaan memasuki minggu ketiga, disertai desakan berterusan agar Rajoelina meletak jawatan.
Bagaimanapun, Presiden menegaskan, tumpuan utamanya kekal terhadap usaha memajukan keutamaan nasional negara, termasuk menambah baik bekalan air dan elektrik kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Madagascar
#Jeneral Ruphin Fortunat Zafisambo
#Presiden Andry Rajoelina
#protes Gen Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan