awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Rusia, Palestin bincang krisis Gaza yang semakin kritikal

Bernama
Bernama
11/05/2025
05:59 MYT
Presiden Rusia, Palestin bincang krisis Gaza yang semakin kritikal
Putin (kiri) dan Mahmoud (kanan) ketika pertemuan bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza pada Sabtu. -Reuters
MOSCOW/ISTANBUL: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas membincangkan situasi di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ringkasan AI
  • Putin dan Abbas membincangkan situasi tragik di Semenanjung Gaza, dengan lebih 51,000 nyawa terkorban.
  • Putin menekankan hubungan kuat antara Rusia dan Palestin serta keperluan bantuan kemanusiaan segera ke Gaza.
  • Abbas menghargai sokongan Rusia dan mengkritik pendekatan Trump terhadap Palestin.

Istana Kremlin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu diadakan semasa lawatan Abbas ke Moscow bersempena sambutan Hari Kemenangan pada 9 Mei.
Dalam bahagian perbincangan yang dibuka kepada media, Putin menekankan kepentingan hubungan dengan Palestin dan menyatakan kedua-dua negara dihubungkan oleh ikatan persahabatan yang kuat.
Mengulas mengenai situasi di Gaza, beliau berkata peristiwa tragik sedang berlaku di wilayah itu dan lebih 51,000 nyawa telah terkorban.
"Satu bencana kemanusiaan berskala besar sedang berlaku di Semenanjung Gaza," kata Putin.
Beliau turut menyatakan situasi yang semakin bertambah buruk.
"Keadaan semakin merosot susulan keputusan yang menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza," katanya.
Abbas pula merakamkan penghargaan kepada Rusia atas pendiriannya terhadap Palestin.
"Rakyat Palestin tidak mahu lebih daripada apa yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa, dan mereka mahu undang-undang itu dilaksanakan," katanya sambil menegaskan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Abbas turut mengkritik pendekatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Palestin, sambil menolak pelan pemindahan paksa rakyat Palestin dan idea "Gaza Riviera", menurut Anadolu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan